Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Maaf dah lama saya tak tulis blog dalam BM (jangan kecam, saya guru BI sepenuh masa). Di sini saya nak kongsi templat RPH yang saya pada asalnya sediakan untuk sekolah saya. Sekolah kami terlibat dengan program Transformasi Sekolah (TS25). Kami diperkenalkan dengan Three-Part Lesson oleh Dr. Amin (IPG Kampus Kota Bharu). Pada asalnya juga, three-part lesson digunakan di negara luar secara meluas untuk mengajar subjek matematik berlandaskan pendekatan inkuiri.
Berbekalkan tunjuk ajar Dr. Amin, saya sediakan satu templat yang alhamdulillah dipersetujui barisan pentadbir dan tenaga kerja TS25 sekolah. Kalau Tuan/ Puan Nazir tanya “awak pakai template apa ni?” boleh lah jawab “Ooo saya gunapakai templat terbitan three-part lesson.” Hehe 😀
Psst. Walaupun template ni saya bina guna Macbook, template versi interaktif ni lebih sesuai dengan komputer Windows (Excel 2010 dan ke atas). Anda boleh terus export dan save lesson plan sebagai fail PDF tanpa perlu install PDF printer atau convert kepada PDF menggunakan aplikasi lain. Mudah bukan? Tak perlu perbanyakkan fail excel untuk hari-hari berbeza. Export dan save je.
Pastikan ribbon aplikasi Excel anda ada tab Developer. Anda perlu “enable all macros” (Macro Security). Jika diminta benarkan macros, klik setuju ye.
DOWNLOAD VERSI INTERAKTIF
RPH Template - Bahasa Melayu (4848 downloads )
Ada juga versi PDF yang boleh anda cetak untuk diperbanyakkan. Kalau anda lebih suka menulis (macam saya), inilah langkah terbaik dan jimat masa. Cetak, perbanyak, tulis je guna tangan macam planner biasa.
DOWNLOAD VERSI PDF (UNTUK CETAKAN)
- Versi Hitam Putih: Printable RPH Template (Bahasa Melayu) - Hitam Putih (6619 downloads )
- Versi Warna Ceria: Printable RPH Template (Bahasa Melayu) - Warna Ceria (4752 downloads )
Semoga bermanfaat. Cuma saya mohon untuk tidak dimuat naik fail saya ke tempat lain sahaja. Boleh share alamat blog saya atau copy URL ke page ni (copy from address bar), terima kasih kerana memahami 😀
Tq fir sharing
Very much welcome 🙂